Tuesday, 15 December 2015

KHASIAT BUAH BETIK

Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asean. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis..



Image result for BUAH BETIK IMAGEImage result for BUAH BETIK IMAGE

 Kaya dengan vitamin c

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin

.Kaya dengan vitamin A

Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

Mengubati sakit-sakit otot 

Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.

Ubat bagi sembelit dan bawasir

Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman



No comments:

Post a Comment